Sunday 19 August 2012

Cara Mengganti Splash (Gambar Pembuka Loading) Opera Mini 6.5 Java!!

Assalamualaikum semua!!!




Seperti yg dijanjikan hari ini saya akan mengajar bagaimana cara mengganti
Splash opera mini versi 6.5 untuk java..lihat gambar di bawah untuk lebih jelas..




 

Cara-cara nya agak rumit sedikit,perlu ketelitian dan pemahaman yg lebih..
ok,tanpa banyak celoteh kita teruskan dengan Subjek kita hari ini..
Yg dah ada bahan-bahan boleh teruskan ke step seterusnya..
yg tiada sila Download Kt pautan dekat bawah ini..
Bahan-bahan yg diperlukan adalah :



1.Sediakan payung sebelum hujan huhu bukanlah!! 
sediakan sekeping gambar yg nak di masukan berukuran 240x320 berformatkan Png..
tidak kesahlah gambar apa pun yg penting ikut size dan format yg saya tunjukan..



2.Sila download fail v Editan saya DISINI..
 untuk lebih memudahkan pelajaran kita hari ini..



5.Sekeping kertas dan pen

6.Pulut kuning sebagai pengeras pembelajaran huhu..








Ok,semua bahan-bahan dah cukupkan?
kita teruskan misi kita..disini saya mengingatkan,saya menggunakan Hp sony,
mungkin berbeza untuk Hp Nokia,jadi pandai-pandailah k..

1.Sila buka Class Editor anda dan terus pergi ke gambar yg telah anda sediakan tadi,
selepas itu anda buka,akan kelihatan kotak-kotak yg pelik dimulakan dengan kod []PNG..
sila highlightkan semua dengan menekan button * di keypad Hp anda dan 
tekan joystik anda terus kebawah sehingga anda berjumpa 
dengan kod IEND[]B'[] diakhir kod gambar tersebut..

 selepas itu sila lihat dibawah skrin Hp anda,lalu tuliskan ke kertas yg anda sediakn tadi,
jumlah numbor yg ada,selepas tanda =

Setelah salin nombor itu anda tekan no 5 di keypad Hp anda
dan akan keluar 6 icon disebelah kiri bawah skrin Hp anda,
yg mane xjumpa icon tu selepas tekan no 5,
sila tekan joystik anda ke arah atas 1x selepas tekan no 5 tadi tu ok,lalu anda pilih copy..
seterusnya  minimisekan aplikasi Class Editor


2.Sila buka aplikasi Calc4m dan masukan nombor yg anda salin tadi 
sila tekan joystick anda ke arah bawah 2x..
sehingga anda melihat perkataan Hex di keypad # diskrin Hp anda

setelah itu sila tekan button # di keypad hp anda lama-lama sedikit 
sehingga Calc4m itu mentafsir berapa nilai Hex gambar yg anda ukur sebentar tadi..
selepas itu sila salin nomber Hex yg telah diberi dan tutup Aplikasi Calc4m ..


Ps/ sila fahamkan betol-betol apa yg saya tulis,
biasanya punca kegagalan banyak berlaku di step atas ini..
Tips untuk anda,setiap gambar berformatkan Png akan bermula dengan kod
[]PNG lalu diakhiri dengan IEND[]B'[]



3.Ok!! kita teruskan.
sila buka kembali Class Editor yg telah anda minimisekan sebentar tadi.
dan terus buka fail v yg saya berikan..
selepas itu sila tekan no 9 di keypad Hp anda,lalu masukan huruf PNG ke dalam kotak teks..
pastikan huruf PNG itu besar ok,,manakala kotak Hex dan Dec tidak perlu dikacau..
selepas itu tkn options di keypad Hp anda dan klik OK..

Selepas itu sila tolak joystick Hp anda ke arah kanan 1x,
dan anda akan jumpa ayat macam ni kn? []PNG
lalu anda tolak joystick anda ke arah kiri pula sebanyak 2x,pastikan pointer di atas kotak ni []
selepas itu tekan * di keypad Hp anda,
lalu hightlight ke arah bawah,sambil perhatikan numbor di bawah skrin Hp anda sehingga berjumlah 14903,
bersamaan di kod IEND[]B'[] lalu tekan no 5 dan pilh Insert..
selepas itu sila tekan button sebelah kiri di Hp dan klik Save dan keluar dari fail v tadi..
bukan tutup aplikasi tau!! hanya keluar dari fail v itu je,,
ha!! lagi satu pastikan ayat Overwrite keluar selepas anda klik Save..

Step terakhir masuk semula ke fail v tadi,lalu tekan no 0..selepas itu akan kelihatan dua windows,,satu mengandungi numbor,dan satu lagi kod yg anda lihat tadi..


kemudian anda tekan no 9,lalu di kotak teks padamkan perkataan PNG tersebut..
lalu masukkan 3A37 di kotak HEX..seperti biasa tekan option dan ok..
selepas itu tolak joystick Hp anda ke arah kanan 1x..
dan anda akan berjumpa dengan nilai Hex yg anda cari iaitu 3A37 sebentar tadi,
lalu arahkan pointer anda ke atas 3A dan masukan nilai Hex yg anda salin tadi bermula dengan 
dua numbor dari depan.. contoh 3A37,dua dari depan bermaksud 3A

cara masukan tekan no 3,lalu isikan dengan dua nilai Hex dari depan nombor Hex gambar anda 
yg telah anda salin tadi lalu tekan OK,
selepas itu  arahkan pointer ke arah numbor 37 dan masukan dua lagi number Hex yg seterusnya..
kemudian save kan fail v tersebut..

ok jika no Hex anda melebihi 4 angka,
Contoh 53A37 sila masukan numbor 5 bermula di kotak pointer 00 di depan 3A,
caranya sila tambah 0 di depan 5,akan menjadi seperti ini 05..

ok semuanya dah siapkan,ape yg anda perlu buat masukan sahaja fail v yg anda edit
ke dalam opera 6.5 anda,tapi fail v asal yg ada dekat dalam opera tu kena padam dulu,
baru masukan fail v yg anda edit ini;lalu install dan lihat hasilnya,,





Ok sampai itu sajalah yg boleh saya ajar,insyallah di post seterusnya 
saya akan mengajar bagaimana mengganti skins opera,pasang setting handler
dan bermacam-macam lagi..
yg mana kurang faham boleh tulis pertayaan anda di kotak post di bawah ini..
saya akan cuba membantu anda..

ok kepada yg berminat nak ganti wana loading bar sila Klik Here!!







SEKIAN
TERIMA KASIH!!
  




No comments:

Post a Comment

Last Visitor!!

Best Friend

Followers

Translate Pages

Total Pageviews

Trafic Widget..

By Mohd Pakis. Powered by Blogger.

Histats

Sungguh sedap.blogspot.com

logo 2

Ping Busuk Trafic!!

join to fb

Ping Banner!!

Post Pilihan!!

 
 

About

Online :1

Templates by Profile Link Services | website template | article spinner by Blogger Templates