Wednesday 21 March 2012

Cara-Cara Menjalankan Opera Mini Version Java Di PC!!

SALAM SEJAHTERA!!




Pada post kali ini saya ingin menerangkan cara-cara
menjalankan opera mini java di Pc..
biasanya aplikasi java hanya di jalankan menggunakan Hp,terutamanya sony ericsson..
mungkin ramai yg dah tahu,mungkin ada juga yg masih tidak tahu..

caranya amat mudah,dengan hanya menggunakan kumelator sahaja,
ataupun beberapa aplikasi lainya yg sama taraf dengan kemulator..
tapi pada hari ini saya ingin mengajar anda menggunakan kemulator sahaja..
 
So kepada yg tidak tahu lagi,jom kita memasang aplikasi kemulator di Pc anda,
untuk menjalankan opera mini java di Pc..
 apa yg saya ingin tunjukan dilakukan pada windows 7 32bit,
selain dari ini sila tanya pada pak google,,hehe
 
 
 
Sila Download Aplikasi Yg Telah Di Sediakan
Pada Pautan Di Bawah..
 
 








Ok,dah siap download,sila installkan Java(TM) Platform Binary dahulu,
setelah selesai sila buka KEmulator yg telah di download tadi..
nanti anda akan jumpa banyak fail-fail didalam kEmulator itu,
anda pilih kemulator.exe dan jalankan software tersebut..







Selepas proses extrack telah siap nanti akan terbuka 2 jendela,
pada jendela Execute anda klik yes..





Setelah selesai,klik pada Midlet di atas bahagian kiri kemulator anda 
dan pilih load jar,
selepas itu pilih lah opera yg anda ingin jalankan..






Cara memanualkan setting kemulator ini,
sila klik View>Options dan klik pada number 2 di atas bahagian kanan skrin
kemulator anda dan pilih Network..






Langkah terakhir masukalah setting yg anda suka di kotak setting..
 
 
 
 
 
 
 
Sekian itu sahajalah..
Next time saya akan post barang-barang yg baik lagi..
setialah selalu di blog ini..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TERIMA KASIH
SEMUA!!





Tuesday 20 March 2012

Software Untuk Edit Opera Mini Menggunakan PC..

HAI SEMUA
SALAM SATU DUNIA..!!!






Pada post kali ini saya nak berbagi software-software untuk
mengedit opera mini menggunakan PC pula,
mungkin ada sesetengah kaki modding kurang berminat mengedit
menggunakan hp,biasa lah agak leceh juga guna hp nk edit-edit ni kan,
klu guna Pc ni,boleh jimatkan masa sikit kan..




Ok,tidak mahu bebel banyak sangat pada hari ini,
silalah klik pada pautan yg telah saya disediakan di bawah..
 Software ini dijalankan pada windows 7 32bit
kalau yg jenis lain dari saya,pandai-pandai lah cari sendiri eh hehehe..







 Class Editor Dirty Joe












Class Translator

Download Here!!












Hex Editor Neo

Download Here!!








Ok itu sahaja yg saya dapat berikan untuk semua,
post ini saya akan update selalu sebab
software untuk edit java masih banyak dalam simpanan saya,
saya tidak ingat lah mane folder saya letak,hehe


Screen Shot di deskop pc saya!!



ni baru dekat deskops je ni,
belah dalam folder-folder belum lagi tu..huhu





Ok Salam Sejahtera Semua!!

Monday 19 March 2012

Cara Mengganti Splash (Gambar Pembuka Loading Fullskrin) Opera Mini 6.5 Java!!

SALAM SEJAHTERA SEMUA!!



Ok,pada hari ini saya ingin berbagi cara-cara membuat splash fullskrin 
 pada opera mini versi java 6.5..


Sila lihat screenshot dibawah..







mungkin pada post sebelum ini ramai yg bertanyakan,
mengapa splash di post sebelum ini tidak menjadi fullskrin kan,
bukan saya tidak mahu membuat totobiolnya,
kalau boleh kita belajar dalam keadaan berperingkat dahulu..


ok pada post kali ini,kita akan belajar cara membuat splash yg penuh pula..
 seperti biasa pemahaman dan ketelitian amat di perlukan
dan tidak lupa juga pulut kuning dan telor ayam dara..
asap kemenyan pun jangan lupa,kalau boleh asap bagi lebih sikit..


Ok.langkah pertama adalah seperti berikut..

1.sediakan sekeping gambar yg nak di masukan berukuran 240x320 berformatkan Png..
tidak kesahlah gambar apa pun yg penting ikut size dan format yg saya tunjukan..









2.Sila download aplikasi yg di perlukan pada pautan di bawah..



i. File V Full skrin

ii. Pro Paint Mobile

iii. Class Editor..


iv. Calc4m



Setelah di download bahan-bahan yg di perlukan,
tanpa membuang masa,kita ke langkah yg seterusnya..



3.Sila buka Pro Paint Mobile anda dan terus pergi ke gambar yg
anda ingin jadikan splash opera mini anda..










Setelah itu sila klik pada Menu di Pro Paint Mobile anda
dan klik Edit>Select All

selepas itu klik menu lagi sekali dan
klik Edit>Copy

dan lagi sekali klik pada Menu
dan klik pada Fail>Create

di kotak width sila masukan 240
dan di kotak Height 384 dan klik ok,
lihat seperti di bawah..








setelah itu tekan menu lagi sekali
dan pilih Edit dan Paste,
selepas anda pastekan gambar tersebut,ia akan menjadi
seperti gambar di bawah ini dan kedudukan pointer berada di
kordinat 10:10..









selepas itu sila gerakan pointer ke arah 0:64
terus klik dekat button 5 atau di button ok keypad hp anda,











akhir sekali,tekan Menu,klik pada Fail dan Save..
 pilih PNG>Ok  dan terus menuju ke gambar yg anda Edit tadi,
jangan klik pada gambar itu,hanya gerakan pointer ke atas tajuk gambar itu sahaja..
lalu tekan Menu dan Save in this Folder dan klik Ok..









 dan hasilnya gambar yg anda edit tadi akan menjadi seperti
gambar di bawah ini











 
4.Sila buka Class Editor anda dan terus pergi ke gambar yg telah anda edit tadi,
selepas itu anda buka,akan kelihatan kotak-kotak yg pelik dimulakan dengan kod []PNG..
sila highlightkan semua dengan menekan button * di keypad Hp anda dan 
tekan joystik anda terus kebawah sehingga anda berjumpa 
dengan kod IEND[]B'[] diakhir kod gambar tersebut..

 selepas itu sila lihat dibawah skrin Hp anda,lalu tuliskan ke kertas yg anda sediakn tadi,
jumlah numbor yg ada,selepas tanda =

Setelah salin nombor itu anda tekan no 5 di keypad Hp anda
dan akan keluar 6 icon disebelah kiri bawah skrin Hp anda,
yg mane xjumpa icon tu selepas tekan no 5,
sila tekan joystik anda ke arah atas 1x selepas tekan no 5 tadi tu ok,lalu anda pilih copy..
seterusnya  minimisekan aplikasi Class Editor





5.Sila buka aplikasi Calc4m dan masukan nombor yg anda salin tadi 
sila tekan joystick anda ke arah bawah 2x..
sehingga anda melihat perkataan Hex di keypad # diskrin Hp anda

setelah itu sila tekan button # di keypad hp anda lama-lama sedikit 
sehingga Calc4m itu mentafsir berapa nilai Hex gambar yg anda ukur sebentar tadi..
selepas itu sila salin nomber Hex yg telah diberi dan tutup Aplikasi Calc4m ..




6. Ok!! kita teruskan.
sila buka kembali Class Editor yg telah anda minimisekan sebentar tadi.
dan terus buka fail v yg saya berikan..
selepas itu sila tekan no 9 di keypad Hp anda,lalu masukan huruf PNG ke dalam kotak teks..
pastikan huruf PNG itu besar ok,,manakala kotak Hex dan Dec tidak perlu dikacau..
selepas itu tkn options di keypad Hp anda dan klik OK..

Selepas itu sila tolak joystick Hp anda ke arah kanan 1x,
dan anda akan jumpa ayat macam ni kn? []PNG
lalu anda tolak joystick anda ke arah kiri pula sebanyak 2x,pastikan pointer di atas kotak ni []


sila lihat gambar di bawah










 selepas itu tekan * di keypad Hp anda,
lalu hightlight ke arah bawah,sambil perhatikan numbor di bawah skrin Hp anda sehingga berjumlah 1059,
bersamaan di kod IEND[]B'[] lalu tekan no 5 dan pilh Insert..
selepas itu sila tekan button sebelah kiri di Hp dan klik Save dan keluar dari fail v tadi..
bukan tutup aplikasi tau!! hanya keluar dari fail v itu je,,
ha!! lagi satu pastikan ayat Overwrite keluar selepas anda klik Save..


Step terakhir masuk semula ke fail v tadi,lalu tekan no 0..selepas itu akan kelihatan dua windows,,satu mengandungi numbor,dan satu lagi kod yg anda lihat tadi..



lihat gambar di bawah








kemudian anda tekan no 9,lalu di kotak teks padamkan perkataan PNG tersebut..
lalu masukkan 0423 di kotak HEX..seperti biasa tekan option dan ok..
selepas itu tolak joystick Hp anda ke arah kanan 1x..
dan anda akan berjumpa dengan nilai Hex yg anda cari iaitu 0423 sebentar tadi..


lihat gambar di bawah






lalu arahkan pointer anda ke atas 04 dan masukan nilai Hex yg anda salin tadi bermula dengan 
dua numbor dari depan.. contoh 0423,dua dari depan bermaksud 04

cara masukan tekan no 3,lalu isikan dengan dua nilai Hex dari depan nombor Hex gambar anda 
yg telah anda salin tadi lalu tekan OK,
selepas itu  arahkan pointer ke arah numbor seterusnya dan 
sila masukan dua lagi number Hex yg seterusnya..
kemudian save kan fail v tersebut..

ok jika no Hex anda melebihi 4 angka,
Contoh 53A37 sila masukan numbor 5 bermula di kotak pointer 00 di depan 3A,
caranya sila tambah 0 di depan 5,akan menjadi seperti ini 05..

ok semuanya dah siapkan,ape yg anda perlu buat masukan sahaja fail v yg anda edit
ke dalam opera 6.5 anda,tapi fail v asal yg ada dekat dalam opera tu kena padam dulu,
baru masukan fail v yg anda edit ini,lalu install dan lihat hasilnya,,








Ok sampai itu sajalah yg boleh saya ajar,insyallah di post seterusnya 
saya akan mengajar bagaimana mengganti skins opera,pasang setting handler
dan bermacam-macam lagi..
yg mana kurang faham boleh tulis pertayaan anda di kotak post di bawah ini..
saya akan cuba membantu anda..

ok kepada yg berminat nak ganti wana loading bar sila Klik Here!!


Ps:Fail V yg diberi telah di pack ke fail zip,
gunakan zipman untuk mengeluarkan fail tersebut sebelum di edit




SEKIAN
TERIMA KASIH!!
  






Cara Menukar Warna Penampilan Opera Mini 6.5 versi jar original!!

ASSALAMUALAIKUM!!




Pada hari ini saya ingin mengajar cara-cara mengantikan warna penampilan opera mini
dengan menggunakan Rms Backup Manager..

Sila lihat screen shot di bawah untuk lebih jelas,,



Sebelum di warna!!





Selepas diwarna!!










Ok tanpa banyak bicara sila download bahan yg saya sediakan 
di pautan dibawah ini..







4.Sekeping gambar untuk dikorbankan

6.Calc4m 




Ok,setekah siap download bahan-bahanya,
kita terus melangkah ke alam seterusnya..


1. Sila extrackan Opera mini 6.5 versi original!! menggunakan Winzip
ke satu folder kosong di kad memory phone..

2.Sila bukak fail yg telah diextrack tadi menggunakan Class Editor..
dan terus buka fail MANIFEST.MF di dalam folder yg telah anda extrackn tadi..

Seterusnya setelah dibuka sila tambahkan perkataan seperti ini

MIDlet-2: RMS Manager,/ i.png,RMSBackup
  dibawah MIDlet-1


Sila lihat screen shot..
Sebelum ditambah!!





Selepas ditambah






Setelah siap sila savekan fail MANIFEST.MF tadi..

Dan seterusnya sila download Rmsbackup Manager  
dan pindahkan fail tersebut ke
 fail class2 opera mini yg telah di extrackan tadi

3. Langkah seterusnya sila pack semula fail opmin yg telah di extrack
dan di edit tadi menggunakan X-plore dengan 
memilih select all dan Compress items (jar)
dan setelah itu sila klik pada ok..

,
 

4. Langkah seterusnya,anda terus pergi ke folder fail opmin yg telah extrackan tadi,
anda akan jumpa fail opera mini yg telah anda pack semula dalam format jar,

Sila buka opera mini dan anda akan jumpa 2 icon,
sila klik pada icon pertama iaitu Opera Mini,
dan sila instalkan opera itu dahalu.

setelah siap di install,sila keluar dari opera dan masuk kembali,
kali ini sila klik pada RMS Manager pula,
dan sila ubah ayat di hujung ayat opera mini itu ke dat..

contoh:

/e/Opera Mini.rms
ke
/e/Opera Mini.dat

lalu klik pada pilihan dan Backup,
tunggu sehinga opera mini terkeluar sendirnya..


5 Selepas siap proses di atas,sila buka Class Editor..
terus pergi ke drive /e/ memory hp kad anda,
dan buka fail dat yg anda telah backupkan tadi..



lihat screenshot di bawah.






6. Ok,skrg dah sampai masanya kita menukar warna kulit opera,
perlu fahamkan betul-betul apa yg saya terangakan..


Setelah anda buka fail dat tadi menggunakan Class Editor.. 
sila klik pada no 9 key pad hp anda dan sila masukkan
huruf PNG di kotak Text..
pastikan huruf PNG besar ok manakala kotah HEX dan DEC biarkan kosong..
seterusnya tekan pilihan dan Ok..


Setelah itu sila tolak joystick hp anda ke arah kanan 1 kali,
dan anda akan terus di bawa ke png pertama skin opera..


lihat screenshot di bawah..








Selepas itu sila tolak joystick anda ke arah kiri..
dan pastikan pointer anda berada di atas kotak sebelum huruf PNG
  

lihat screenshot di bawah..






 

Setelah itu sila highligtkan dari kod []PNG hingga ke IEND[]B'[]
dengan menekan  key * di key pad hp anda dan gelapkan sehingga
ke akhir kod Png tersebut di IEND[]B'[]..
lalu tekan no 5 dan pilih copy,
setelah itu sila catat no 88 di bawah screen Class Editor.. anda.



lihat screenshot di bawah..







Selepas itu,sila buka ganbar yg telah anda sediakn untuk dikorbankan tadi,
lalu klik * dan hightlightkan semua sekali kod di dalam gambar tersebut,
dan klik pada no 5 lalu pilih insert..
setelah siap,savekan kod tersebut di gambar yg di korbankan tadi..


 lihat screenshot di bawah











Fuh!! penat menaip dah ni huhu..





7. selepas itu sila buka Just Paint dan terus pergi ke
gambar korban yg telah disave oleh anda tadi,
di situ anda akan jumpa gambar segi empat kaler hitam,
sila warnakn gambar tersebut dan jangan lupa savekan ok,
lalu keluar dari aplikasi Just Paint dan
terus buka aplikasi Class Editor.. semula




8. Setelah itu sila pergi ke gambar yg telah anda warnakan tadi,
klik no * dan higtlightkan semua sekali dan
sila pastikan jumlahnya sama dengan nilai sebelum ini iaitu 88,
jika nilainya kurang,sila tambahkan Byte sehingga kembali kenilai asal.


contoh:

nilai asal 88
nilai setelah di warna 74

Cara menambah Byte,arahkan pointer ke akhir kod,
dan klik no 5 lalu pilih Add Byte
dan masukan jumlah yg perlu ditambah sehingga menjadi ke nilai asal..


lihat screenshot di bawah.
sebelum ditambah Byte






Setelah di tambah..









Setelah siap menambah nilai,sila tekan * dan
hightlightkan semua sekali kod didalam gambar yg telah diwarnakan tadi,
 lalu pilih copy.





9. Setelah itu,anda pergi ke fail dat semula dan
klik no 9,di kotak Teks masukan ayat PNG lalu klik ok,
setelah itu gerakan pointer ke arah kanan 1 kali,
 arahkan pointer ke arah kiri sehingga ke atas kod [] sebelum PNG


lihat screenshot di bawah..







Setelah itu sila highligtkan dari kod []PNG hingga ke IEND[]B'[]
dengan menekan  key * di key pad hp anda dan gelapkan sehingga
ke akhir kod Png tersebut di IEND[]B'[]..
sambil itu perhatikan sekali di bawah screen semasa anda hinghtlight kod
sehingga berjumlah 88,
lalu tekan no 5 dan pilih insert dan save..


lihat screenshot di bawah.











10. Setelah selesai sila buka opera mini anda,
lalu pilh RMS Manager,
di kotak archive sila ubah penhujung Opera Mini itu ke dat..


contoh:

/e/Opera Mini.rms
ke
/e/Opera Mini.dat


dan tekan pilihan lalu klik pada Restore..
dan sila lihat hasilnya sendiri,,




Png yg di tunjukkan di atas mewakili untuk 1 tempat sahaja,
manakala yg lainya anda cari lah sendiri di dalam fail dat itu..


lihat screenshot di bawah.









Sekian itu sahajalah pelajaran kita hari ini,
jika ada masa saya akan update lagi ok..
yg mana tidak faham boleh tanyakan di kotak komen ok..
maaflah jika penulisan saya kureng sikit hee!!



SELEMAT MENCUBA!!













Last Visitor!!

Best Friend

Followers

Translate Pages

Total Pageviews

Trafic Widget..

By Mohd Pakis. Powered by Blogger.

Histats

Sungguh sedap.blogspot.com

logo 2

Ping Busuk Trafic!!

join to fb

Ping Banner!!

Post Pilihan!!

 
 

About

Online :1

Templates by Profile Link Services | website template | article spinner by Blogger Templates